THE Speedy Tigers melakar kejayaan apabila berjaya menumpaskan pasukan ranking ke-10 dunia, New Zealand dengan keputusan 6-4.
Keputusan yang dilakar ini amat bermakna dan memberi keyakinan lebih baik berikutan skuad kendalian Greg Nicol ini merupakan satu-satunya pasukan yang bertanding melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pada aksi tersebut, skuad Malaysia yang dibimbing Sarjit Singh bermula garang membolosi pintu gol lawan sebanyak empat kali dalam suku pertama permainan.
Faizal Saari menjaringkan gol pertama untuk Malaysia hasil gol padang pada minit ke-2 sebelum Azrai Aizad Abu Kamal menambah jaringan pada minit ke-5 hasil jaringan pukulan sudut penalti.
Azimuddin Kamaruddin yang menjaringkan gol pertama antarabangsanya pada perlawanan sebelum ini menjaringkan gol sekali lagi hasil gol padang pada minit ke-6.
Azrai Aizad Abu Kamal sekali lagi berjaya menjaringkan gol hasil gol padang pada minit ke-14 selepas lorongan bola daripada Shello Silverius berjaya sampai ke Azrai.
New Zealand yang serba tidak menjadi pada suku pertama kembali memperkemaskan permainan mereka di suku kedua.
Mereka berjaya membolosi gawang gol Malaysia hasil jaringan gol padang Jake Smith pada minit ke-19.
New Zealand terus mengancam pintu gol Malaysia sehingga menyebabkan pertahanan Malaysia kucar kacir, memaksa mereka untuk melakukan kesilapan dalam kawasan sendiri.
Pasukan ranking ke-10 dunia itu berjaya menjaringkan gol kedua hasil gol penalty stroke pada minit ke-28 oleh Jonty Elmes.
Elmes mempunyai peluang untuk menjaringkan gol ketiga sebelum tamat suku kedua namun penalty stroke yang diambil beliau berjaya diselamatkan oleh Hafizuddin Othman.
Bersambung suku ketiga, kedua-dua pasukan saling menyerang untuk mencari gol namun gagal menemui jaringan.
Malaysia kembali melebarkan jurang apabila berjaya Muhajir Abdul Rauf berjaya menjaringkan gol kelima buat Malaysia hasil gol padang pada minit ke-52.
New Zealand menjaringkan gol ketiga pada minit ke-58 hasil gol pukulan sudut penalti oleh Scott Cosslett sebelum Malaysia menjaringkan gol kemenangan hasil Azrai Aizad Abu Kamal yang juga menjaringkan hatrik pada minit ke-60.
New Zealand menjaringkan gol keempat pada saat terakhir namun gol itu tidak membawa apa-apa makna untuk pasukan Kiwi itu.
Malaysia akan meneruskan aksi mereka dengan menentang Jepun, yang masih lagi tidak kalah pada esok hari jam 8.30 malam.