KLINIK Penggalakan Sukan Frisbee peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di SK La Salle, semalam.
Seramai 80 pelajar daripada 16 buah sekolah menengah di Kuala Lumpur telah menyertai klinik ini pada Khamis.
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zainudin Mohamad, telah menyempurnakan majlis penutup klinik Frisbee dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Pasukan Pheonix Ultees dari Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur dijemput untuk membantu jurulatih dan juga melaksanakan persembahan permainan sukan Ultimate Frisbee kepada peserta Klinik Frisbee.