Foto: KL City FC

KUALA Lumpur City FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila diikat PSM Makassar dalam aksi pembukaan Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Jumaat malam.

Bojan Hodak melakukan pertukaran dengan merehatkan Kevin Mendoza dan memberikan peranan penjaga gol kepada Azri Ghani untuk memaksimumkan penggunaan penyerang import.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan beberapa percubaan berbahaya berjaya dilakukan tetapi dihampakan kecekapan penjaga gol dan juga palang gol

PSM Makassar tenang bertahan dengan sekali sekala melakukan serangan balas dan hampir berjaya mendahului namun seperti KL City mereka dinafikan palang gol untuk kedudukan terikat tanpa jaringan hingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan KL City menggandakan asakan namun masih gagal menterjemahkannya kepada gol meskipun melakukan beberapa pertukaran pemain.

Safee Sali dibawa masuk menggantikan Kevin Koubemba untuk menambah sengat jentera serangan KL City namun masih gagal menembusi benteng pertahanan PSM Makassar.

Keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat dan kini kedua-dua pasukan menempuh laluan sukar untuk layak ke peringkat seterusnya selepas hanya berjaya mengumpul satu mata.

PSM Makassar akan bertemu Tampines Rovers pada Isnin untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan sebelum Kuala Lumpur menentang Tampines pada 30 Jun nanti.