MANCHESTER United mengalami malam yang kelam setelah dikalahkan oleh Arsenal 0-1 dalam perlawanan minggu ke-37 Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi Isnin.
Aksi menentang Arsenal itu merupakan perlawanan terakhir United di Old Trafford pada musim ini. Niat untuk melakar kebangkitan selepas kecundang 0-4 kepada Crystal Palace dalam perlawanan sebelumnya, The Red Devils kembali tumbang dengan kekalahan 0-1.
Gol tunggal oleh Leandro Trossard pada minit ke-20 membuat United menelan pahit di depan penyokong mereka sendiri.
Penderitaan United selepas dua kekalahan berturut-turut dan malu di kandang sendiri masih belum berakhir. Ini kerana pada hari itu menjadi malam yang kelam bagi United selepas Old Trafford mengalami kebocoran akibat hujan lebat semasa perlawanan.
The Old Trafford waterfall 😳 pic.twitter.com/2Xibzh200l
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 12, 2024
Hujan lebat menyebabkan atap Old Trafford bocor, menyebabkan ‘air terjun’ percuma bagi pengunjung. Kebocoran atap ini juga menyebabkan kawasan tribun penonton menerima aliran air yang cukup kuat.
Momen ‘air terjun’ di salah satu sudut atap dan banjir di Old Trafford telah menjadi viral di media sosial. Kejadian memalukan bagi The Red Devils tidak berhenti di situ.
Selepas atap bocor dan tribun penonton dibanjiri air hujan, kini giliran padang rumput Old Trafford yang kelihatan tergenang air.
This is a direct result of the Glazer’s refusal to invest in Old Trafford.
That VILE DISGUSTING family needs to fuck off completely. Sir Jim Ratcliffe and @INEOS need to buy these cunts out.
Worst owners in Sports history.pic.twitter.com/Jeq4BqPgf0— Billy Meredith (@BillyMeredithMU) May 12, 2024
Bagi kelab sebesar United, peristiwa ini tidak boleh ditoleransi. Masalah di Old Trafford ini akan menjadi perhatian serius bagi pemilik baharu dengan 25 peratus saham Manchester United, Sir Jim Ratcliffe.
United masih mempunyai dua perlawanan lagi, bertemu Newcastle United pada 16 Mei dan berdepan dengan Brighton and Hove Albion 19 Mei dalam perlawanan penutup musim.