HILANG fokus dan mudah berasa selesa menyebabkan gawang skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) dibolosi jaringan penyamaan PJ City FC pada babak kedua perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.

Pengendali Hobin Jang Hobin K.Devan (gambar NSFC) berkata, pertukaran pemain yang dilakukan dapat mengembalikan semula rentak permainan dan berjaya mendahului serta menambah gol.

“Saya nampak mula hilang konsentrasi dan lawan dapat samakan kedudukan. Pemain juga gagal membuat hantaran ke bahagian atas dan pemain yang dimasukkan dapat buat kerja dengan begitu baik dan hasilnya, dua gol dapat kami jaringkan pada hujung perlawanan,” kata Devan semasa sesi sidang media selepas perlawanan.

 

Berdasarkan prestasi dipamerkan NSFC pada babak pertama, Devan tanpa berselindung memuji para pemain yang bertungkus-lumus di atas padang sepanjang 90 minit.

“Kita layak menang. Walaupun diakui PJ City hadir pakej 100 peratus pemain tempatan namun cukup bertenaga,” katanya puas melihat Sean Selvaraj dan Matheus Alves meledak gol kedua pasukan pada lewat saingan.

NSFC kini kekal dengan rekod tanpa kalah dan melonjak ke tangga keempat dengan lapan mata manakala PJ City pula turun ke tangga keenam.