PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah meluluskan usul untuk menambah bilangan kuota pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia B-17.
Mesyuarat Majlis Fifa itu diadakan di Bangkok, Thailand semalam sebelum Kongres Fifa ke-74 yang akan diadakan pada 17 Mei ini.
Ia menyaksikan pasukan yang akan bermain dalam kejohanan itu akan bertambah menjadi 48 buah pasukan bermula edisi 2025 di Qatar nanti.
Slot yang diberikan kepada AFC untuk bermain di Piala Dunia B-17 sebanyak sembilan buah slot berbanding sebelum ini benua Asia hanya diwakili oleh empat pasukan terbaik yang layak ke separuh akhir Piala Asia B-17.
Piala Dunia B-17 edisi 2023 menyaksikan penyertaan lima wakil Asia iaitu Indonesia selaku tuan rumah, Jepun, Iran, Uzbekistan dan Korea Selatan.
Dia akan membawa pasukan itu untuk mengharungi Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 pada bulan hadapan dan pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025 pada Oktober ini.
Dengan pertambahan slot untuk Asia, dijangka saingan akan menjadi lebih sengit terutamanya untuk Malaysia bagi memburu slot kelayakan menerusi Piala Asia B-17 2025.