PERAK FC berjaya melunaskan hutang sembilan mata yang dikenakan oleh First Instance Body (FIB) selepas meraih kemenangan sensasi ke atas Kelantan United FC dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu.
Bagaimanapun, jaringan yang diperlukan hanya hadir pada penghujung babak kedua oleh pemain import baharu dari Argentina, Luciano Guaycochea.
Berikut adalah komen positif peminat setia The Bos Gaurus yang dipetik Facebook Perak Football Club hari ini.
“Sekadar pendapat…Alhamdulillah tahniah… Hutang habis kosong mata… next game build-up balik kesefahaman sesama rakan sepasukan atas padang… loss ball mistakes banyak sangat… anyway lega menang Alhamdulillah. Tahniah players tahniah coach Yusri dan tahniah XOX,” kata Syahrul Nuzur Sarip.
“Aku nak puji pertahanan dan tengah terbaik tenang. Tapi kena banyak buat kerja dengan hantaran-hantaran baik kepada penyerang. Harap lepas ini akan lebih baik dan persefahaman yang baik,” ujar Shaz Rin.
Hantaran Yazrul Amar pula berbunyi : “First debut Luciano tak perlu tunggu lama untuk gol hasil usaha berpasukan akhirnya beliau berjaya menyudahkannya. Luciano Gueycochea. Well done boys.”
Skuad Kejor Yop Skor tetap kekal di bawah liga selepas beraksi 10 perlawanan dan kedudukan ini boleh berubah jika trend kemenangan terus dicapai dalam aksi akan datang.