BEREGU wanita negara, M. Thinaah berazam memberikan yang terbaik dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena pada 26 Jun.
Dia menganggap pengalaman beraksi di laman sendiri merupakan pengalaman yang sangat berharga buat dirinya sebagai pemain.
“Kita hanya ingin berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Setakat ini, saya rasa sangat baik, dan dekorasi yang dibuat semua adalah agak baik dan kita hadapi sesi latihan yang baik pagi ini.
” Kita buat persiapan awal untuk perlawanan seterusnya. Saya rasa ia akan menjadi pengalaman yang baik untuk kami bermain di hadapan penyokong sendiri sebab minggu lepas kita nampak penyokong Indonesia sangat gempak menyokong pemain-pemain, ” katanya.
Sementara itu, Pearly Tan berkata dia sangat teruja apabila dapat kembali beraksi setelah kemarau dua tahun tanpa kejohanan berprestij itu.
“Saya rasa sudah pasti keadaan berbeza bagi setiap kejohanan dan itu sebabnya kita cuba uji gelanggang, esok kita masih ada satu hari lagi untuk dapatkan aura sebelum bermain.
” Saya sangat teruja, setelah 2 tahun kita tidak dapat beraksi dan kita menjadi hos sebagai tuan rumah di Malaysia,” jelas Pearly kepada media.