FOTO : Hakim Danish

PELUMBA muda yang sedang meningkat naik, Hakim Danish Ramli terus mencuri perhatian dalam Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 yang sedang berlangsung di Litar Mugello, Itali dari 1 hingga 2 Jun.

Hakim Danish memulakan sesi latihan dan kelayakan dengan cemerlang di Mugello.

Dalam sesi latihan 1, pelumba berusia 17 tahun ini banyak mencuba breaking point bagi meningkatkan prestasinya.

“Pada latihan 1, saya banyak mencuba breaking point saya,” kata Hakim.

Pada sesi latihan 2, krew teknikal Hakim melakukan beberapa perubahan pada pengendalian motor yang telah memberikan impak positif kepada keyakinan buat dirinya.

May be an image of 1 person, motorcycle and text

Gaya tunggangan Hakim Danish di Litar Mugello.

“Saya merasakan ada perubahan yang dibuat dan ia membuatkan saya berasa lebih berkeyakinan,” tambahnya lagi.

Dalam sesi kelayakan, Hakim berusaha keras dan berjaya memperbaiki catatan masa.

“Dalam kelayakan, saya cuba sehabis baik saya dan berjaya bertambah baik dalam catatan masa,” kata Hakim.

Pelumba berasal dari Terengganu ini turut meminta doa dan sokongan untuk perlumbaan seterusnya:  “Jangan lupa doakan kejayaan saya untuk Perlumbaan 1 esok dan Perlumbaan 2 (Ahad) .”

May be an image of 1 person, motorcycle and text

Hakim Danish boleh naik podium jika kekal konsisten sepanjang perlumbaan.

Hakim Danish telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang musim ini. Dia berjaya menaiki podium untuk kali kedua dalam musim ini selepas menduduki tempat ketiga pada Perlumbaan 2 di Litar Le Mans, Perancis, yang merupakan venue Pusingan 2 dalam kalendar kejuaraan 2024.

Bulan lepas juga, dia mempamerkan saingan sengit di Litar Jerez, Sepanyol dengan  menamatkan Perlumbaan 2 di tempat kedua, memberikan saingan hebat kepada pemenang dari Sepanyol, Alvaro Carpe, di garisan penamat.

Prestasi cemerlang ini memperlihatkan bahawa Hakim Danish berada dalam kelas tersendiri dan terus menjadi pelumba muda yang berpotensi besar dalam sukan permotoran.