JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan perpisahan dengan pemain pertahanan kental dari Brazil, Mauricio Dos Santos.
JDT memuatnaik perkongsian tersebut di laman media rasmi kelab pada Isnin.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Maurico Dos Santos. Terima kasih atas khidmat dan komitmen yang cemerlang. Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT,” tulis hantaran itu.
Pemain Brazil ini yang menyertai JDT dari Spartak Moscow pada 2019 telah melakukan 79 penampilan dan berjaya menjaringkan lima gol serta merekodkan 34 ‘clean sheets’.
Dia juga cemerlang membantu JDT menjuarai pelbagai trofi dengan kejayaan peribadinya termasuk tiga kejuaraan Liga Super, empat Piala Sumbangsih dan satu Piala Malaysia.
Pengalamannya bermain di Liga Juara-Juara UEFA bersama Lazio banyak membantu JDT melakukan persiapan menghadapi saingan Liga Juara-Juara AFC dan akhirnya JDT berjaya layak ke peringkat 16 terbaik kejohanan terbesar kelab Asia itu.
Siapakah yang bakal menggantikan ‘kereta kebal’ JDT ini?