KONG Wei Xiang muncul juara dalam final AFFIN 100PLUS JET 2024 kategori perseorangan lelaki bawah 16 (B-16) dengan kemenangan straight set ke atas rakan sepasukan, Lim Boon Le di Dewan BA Putrajaya pagi Ahad.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu mengambil masa hanya 35 minit untuk meraih gelaran juara tersebut seterusnya memberi kemenangan 21-14, 21-15.

Dalam memikir cara untuk mengubati kekecewaan, Boon Le menebus kekalahannya dan berjuang untuk mendapatkan kemenangan dalam kategori beregu lelaki B-16 bersama gandingannya, Tiew Wei Jie.

Pemenang-pemenang kejohanan AFFIN 100PLUS JET 2024.

Boon Le-Wei Jie terpaksa bermandi peluh dan bekerja keras sebelum mereka berjaya menewaskan rakan sepasukan kebangsaan, Ahmad Redzuan-Isyraf Hafizin 22-20, 12-21, 21-17 dalam perlawanan akhir yang berlangsung hampir sejam.

Sementara itu, Saidatul Saadiah Muhammad mencipta kejutan dengan memenangi gelaran perseorangan wanita B-16 apabila dia cemerlang dalam aksi final tersebut sekali gus menghampakan Ong Xin Ru yang sedang berada di prestasi terbaik.

Remaja kelahiran Sabah yang berusia 15 tahun itu telah memenangi carta Kumpulan A perseorangan wanita B-16 dalam Jelajah Elit Junior AFFIN-100PLUS (pusingan pertama) awal tahun ini, menunjukkan ketekunannya untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 21-19, 21-17 ke atas Xin Ru.