PEMAIN skuasy wanita utama negara, S.Sivasangari terlibat dalam kemalangan dan kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya.
Susulan insiden malang ini, menyebabkan Sivasangari terpaksa melupakan bakal terlepas untuk bertandang di Sukan Komanwel Birmingham nanti.
Kejadian berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur- Putrajaya (Maju Expressway) apabila kereta yang dinaikinya terlanggar belakang sebuah lori yang mengakibatkan pembawa Jalur Gemilang itu dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan.
Kecederaan yang dialami pemain di ranking ke-19 dunia ini masih belum jelas tetapi difahamkan dia akan menjalani pembedahan segera pada Ahad dan dilaporkan kini sudah sedarkan diri.
Sivasangari adalah harapan pingat emas negara pada temasya Sukan Komanwel nanti untuk acara individu wanita dan beregu wanita dengan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadualkan melawat Sivasangari di Hospital Putrajaya petang ini.