SEORANG penjaga gol Liga Perdana Inggeris membentes penceroboh padang ketika latihan terbuka pasukannya menjelang Euro 2024 ketika seorang lagi berjaya memeluk Cristiano Ronaldo.
Beberapa pasukan mengadakan sesi latihan terbuka kepada peminat sebelum memulakan kempen mereka di Jerman dengan 8,000 penyokong menghadiri latihan terbuka pasukan Portugal.
Pasukan kendalian Roberto Martinez itu akan memulakan kempen menentang Republik Czech Selasa ini dan berlatih di Gutersloh sebelum suasana menjadi kelam-kabut apabila sebilangan penonton menyerbu ke dalam padang.
Pemain seperti Ronaldo terbabit dalam sesi itu, dengan kira-kira 12 peminat menceroboh masuk ke padang ketika pengawal keselamatan bertungkus-lumus untuk mengusir mereka dalam satu video yang dikongsi di laman X.
Seorang pemain bagaimanapun bertindak sendirian apabila penjaga gol Wolves, Jose Sa meluru kepada seorang penyokong dan menjatuhkannya ke tanah ketika Ronaldo dipeluk seorang peminat di satu penjuru padang.
Rakaman menunjukkan Sa, yang berlatih bersama rakan sepasukannya, meluru melintasi padang dan dilihat memegang tengkuk penonton itu.
Penyokong itu melarikan diri daripada sekelompok pengawal keselamatan ketika dia berlari di tepi padang tetapi Sa bertindak mengejutkan apabila dia menjatuhkan peminat itu.
Seorang penyokong berjaya mendapatkan Ronaldo dengan penyerang itu tidak bergerak ketika peminat itu diusir keluar oleh pengawal keselamatan.
A man ran into the field to hug Cristiano Ronaldo 😂
Crazy fan following wherever he goes.🐐❤️ pic.twitter.com/JRRqd13zSi
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) June 14, 2024
Laporan menyatakan 6,000 tiket yang pada awalnya harus diagihkan kepada peminat, tetapi sebaliknya dijual semula dengan harga hampir £700.
Seorang peminat dilihat berusaha untuk berswafoto dengan sesetengah pemain, memegang telefon pintar mereka sebelum pengawal keselamatan menghalang hasrat mereka.