LAPORAN yang mendakwa kos hak siaran langsung Euro 2024 mencecah RM60 juta adalah tidak tepat.

Menurut sumber, angka tersebut tidak tepat.

“Kos penyiaran Euro 2024 yang dilaporkan mencapai hingga RM60 juta adalah tidak benar.

“Betul bukan ratusan ribu untuk membeli ‘air time‘ hak penyiaran Euro 2024 tapi tidaklah RM60 juta.

“Jumlahnya jauh sekali dari angka RM60 juta… tapi lebih rendah dari itu. Namun, saya tidak mahu menyatakan jumlah tepatnya kerana angka itu masih dalam perbincangan dan saya tidak mahu mendedahkan secara terperinci pada masa ini,” kata sumber yang mengetahui perkara ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Euro 2024: Semua bersatu hati, idam tayangan rasmi secara percuma

Sumber itu juga menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya berusaha untuk mendapatkan penajaan dengan pelbagai cara dengan kos yang paling efektif tanpa mengabaikan kepentingan penonton tempatan yang ingin menyaksikan kejohanan tersebut.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul daripada laporan yang tidak tepat sebelum ini mengenai jumlah RM60 juta.