PRESIDEN Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid, menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang dianggapnya egois pada awalnya.
Menurutnya, MFL sepatutnya bersikap lebih terbuka dan menyambut baik permohonan untuk menunda perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Seri Iskandar bulan lepas.
“Kami sebagai penyokong masih tidak berpuas hati kerana MFL seolah-olah tiada budi bicara yang sewajarnya.
“Setelah mengenakan hukuman yang tidak masuk akal dan campur tangan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, barulah MFL mengubah hukuman tersebut,” ujar Mohd Faizal kepada FLASH SUKAN.
Malah, Mohd Faizal juga berharap agar badan pengelola bola sepak tempatan itu dapat mempertimbangkan semula keputusan mereka dan mengadakan semula perlawanan Piala Sumbangsih yang telah dibatalkan.
“Tindakan MFL yang berubah hanya selepas campur tangan Sultan Selangor menunjukkan ada kelemahan dalam proses membuat keputusan mereka. Kami berharap keputusan dibuat oleh Selangor FC dan mengharapkan MFL mengadakan perlawanan semula Piala Sumbangsih yang telah dibatalkan,” tambahnya.
Kenyataan ini mencerminkan kekecewaan dan harapan penyokong Selangor FC agar ada perubahan dalam pendekatan MFL terhadap isu-isu yang melibatkan kelab-kelab bola sepak tempatan.
Penyokong berharap agar MFL dapat lebih memahami dan menghormati keperluan serta permintaan kelab dan penyokong demi kebaikan bersama dalam perkembangan bola sepak negara.
Terdahulu, MFL telah melakukan U-Turn dengan mengurangkan denda kepada Selangor FC dari RM100,000 ke RM60,000 serta membatalkan potongan tiga mata dan beraksi tanpa penyokong namun hukuman denda komersil masih dikekalkan.