KEJAYAAN M.Nikhileswar muncul juara bawah 17 tahun (B-17) lelaki di Kejohanan Remaja Asia 2024, memberikan keyakinan untuk memburu gelaran pada peringkat dunia, minggu hadapan.
Gelaran dimenangi Nikhileswar di Islamabad, Pakistan itu adalah yang kedua di peringkat remaja, selepas memenangi gelaran B-15 lelaki di Bangkok, Thailand pada 2022.
Mengulas mengenai kejayaannya bergelar juara remaja Asia, Nikhileswar, 16, mengakui ia cukup bermakna ketika berdepan lawan yang sukar sebelum dapat menewaskan pilihan pertama dari Pakistan, Abdullah Nawaz 9-11, 9-11, 12-10, 11-8, 11-6 di final.
Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Remaja Asia dengan muncul pasukan terbaik keseluruhan apabila membawa pulang tiga emas, dua perak dan sembilan gangsa.
Antara yang menyumbangkan emas adalah U.Thanussa yang beraksi dalam kategori B- 19 dan Harleein Tan (B-15) selepas meraih kejuaraan dalam kategori masing-masing.
Dua lagi pemain Harith (B-19 dan Raziq Putra Fakhrur Razi (B-15) masing-masing meraih perak.
Pada edisi sebelum ini di Dalian, China pasukan negara membawa pulang lima emas dan tiga perak.