MENYEMARAKKAN lagi ‘demam’ Uefa Euro 2024,  adidas Malaysia menghidupkan keseronokan dengan barangan eksklusif dan satu siri pengalaman yang menarik buat peminat-peminat bola sepak tempatan.

Pada musim ini, peminat boleh mendapatkan jersi terbaharu adidas Uefa Euro 2024, but adidas F50 dan bola perlawanan – Fussballiebe di beberapa lokasi Pop Ups sekitar Lembah Klang.

Antara lokasi yang masih berlangsung adalah di Pop Ups Sunway Pyramid sehingga 14 Julai ini.

 

Manakala aktiviti yang disediakan termasuk zon permainan PlayStation, gerai foto segera serta kawasan FootGolf interaktif. Acara ini disesuaikan untuk melibatkan dan menggembirakan peminat bola sepak dari semua peringkat umur.

Pembelian Jersi: Beli mana-mana jersi adidas Uefa Euro 2024 bagi pasukan Jerman, Sepanyol, Belgium, Itali, Scotland atau Sweden dan tambahkan set nama pada harga RM99.

Baucar Diskaun: Setiap pembelian jersi Uefa Euro 2024 termasuk baucar diskaun 20 peratus untuk pembelian dalam kedai seterusnya, sementara stok masih ada.

Peralatan Lengkap: But bola sepak adidas F50, bola rasmi Euro 2024 dan pin enamel.