GARETH Southgate menegaskan bahawa dia tidak percaya kepada cerita dongeng atau sumpahan yang mengatakan dia ditakdirkan untuk tidak pernah menang bersama England.

Southgate memang mempunyai kenangan buruk bersama England pada separuh akhir Euro 1996. Ketika itu dia gagal menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti menentang Jerman di Stadium Wembley.

Kegagalan Southgate menjadi punca kekalahan England dengan jaringan tipis 5-6. Kini, Southgate berpeluang membalas dendam di Olympiastadion, Berlin.

Southgate benar-benar mahu merealisasikan impiannya untuk memimpin England menjadi juara Eropah. Bagaimanapun, dia tidak percaya kepada cerita dongeng atau takdir berhubung membalas dendam atas kekalahan Jerman pada Euro 1996.

May be an image of 3 people, people playing American football and text that says "UEFA EURO2024 GERMANY GE LE yent SEPANYOL ENGLAND 9 ISNIN, JULAI2024 2024 JULAI2 3:00 3:00PAGI PAGI PERLAWANAN AKHIR KHIREURO EURO 2024 STADIUM OLYMPIASTADION STADIUMOLYMPIASTADIONBERLIN BERLIN FlashSukan Flashtuken_Officlet Offielal Flash FloshSukan FLASH SUKAN flashaukan_effiekal J flashsukan eshsukan www.flashsukan.com.my"

“Saya bukan seorang yang percaya kepada cerita dongeng. Saya seorang yang percaya kepada mimpi. Kami mempunyai impian yang besar, tetapi anda perlu merealisasikannya dengan berjuang,” kata Southgate dalam sesi sidang media yang dipetik Reuters.

Southgate percaya pasukannya tidak akan tahu ketakutan apabila berdepan Sepanyol dalam perlawanan akhir.

“Esok, saya tidak takut apa-apa yang mungkin berlaku kerana saya sudah pun melalui semuanya.

“Saya mahu pemain merasakannya kerana jika kami tidak takut kalah, ia akan memberi kami peluang lebih besar untuk menang,” jelas Southgate.

Final Euro 2024 akan diadakan di Olympiastadion, Berlin, awal pagi Isnin.