BALI United FC menamatkan kempen di kedudukan kedua sementara Kumpulan G, Piala AFC 2022 selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kaya FC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Gianyar Bali sebentar tadi.
Jaringan tunggal kelab digelar Serdadu Tridatu ini diperoleh menerusi Jajang Mulyana m-25 dan mengutip enam mata dalam tiga perlawanan.
Aksi seterusnya melibatkan Kedah Darul Aman FC bertemu Visakha FC yang dijadual bermula jam 9 malam ini bagi menentukan juara kumpulan.