BEREGU utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi peringkat kumpulan di Sukan Olimpik Paris, meskipun diundi satu kumpulan bersama pasangan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Harapan pingat emas pertama negara itu diundi dalam Kumpulan A untuk saingan di Temasya Paris, dalam majlis undian yang dilakukan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pasangan nombor 1 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang berada satu kumpulan dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam kumpulan A Sukan Olimpik Paris.

Pada Jumat lalu, undian bagi beregu lelaki ditangguhkan susulan perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) melibatkan acara beregu lelaki.

Peluang Aaron-Wooi Yik ke suku akhir Olimpik itu dilihat tiada masalah selepas hanya Wei Keng-Wang Chang, pasangan yang kuat dalam kumpulan A, yang turut dianggotai Adam Dong-Nyl Yakura dari Kanada dan pasangan Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy.

Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking kelima dunia hanya menang dua kali daripada lapan pertemuan menentang Wei Keng-Wang Chang.

Kali terakhir mereka bertemu adalah di Piala Thomas pada Mei lalu yang menyaksikan Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan 15-21, 21-12, 21-17.

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik berjaya membawa pulang pingat gangsa di Tokyo 2020 sebelum mereka meraih gelaran juara dunia sulung buat negara pada 2022.