MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan bahawa Allianz Malaysia akan memberi perlindungan kepada seluruh Kontinjen Malaysia yang menyertai Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut Presiden MOM, Tan Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria berkata Allianz Malaysia mula menyokong MOM tahun lepas dan sebahagian daripada tajaan mereka termasuk perlindungan untuk Kontinjen Malaysia kepada semua Sukan Pelbagai Sukan utama di bawah bidang kuasa MOM.
“Sokongan daripada Allianz, sebuah jenama global dan syarikat insurans terkemuka, akan memberikan keyakinan dan galakan kepada atlet kita apabila mereka mewakili Malaysia di Sukan Olimpik.
“Rakan kerjasama seperti Allianz akan memberi manfaat kepada kita secara meluas. Mereka terlibat secara aktif dalam sukan dan menjadi salah satu Rakan Olimpik Seluruh Dunia dalam menyokong Pergerakan Olimpik di peringkat global. Saya percaya banyak yang boleh kita pelajari daripada Allianz dan memanfaatkan rangkaian mereka untuk membantu atlet kita,” kata Norza dalam kenyataan media.
“Kami gembira untuk ‘melindungi’ Kontinjen Malaysia yang menyertai Sukan Olimpik Paris. Ini adalah sumbangan kita (Allianz) kepada sukan Malaysia. Walaupun para atlet memberi tumpuan kepada latihan dan pertandingan, kami memainkan peranan kami sebagai penanggung insurans untuk memastikan mereka dilindungi semasa berada di Perancis.
“Allianz Malaysia memulakan kerjasama ini dengan MOM apabila kami memberikan perlindungan perjalanan kepada Kontinjen Malaysia yang bertanding di Olimpik Tokyo yang lalu.
“Kami menyedari bahawa kami boleh melakukan lebih banyak lagi untuk MOM dan atlet negara, jadi kami memutuskan untuk merasmikan kerjasama kami dengan menyediakan perlindungan insurans tambahan untuk Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 dan Sukan SEA ke-32 Kemboja 2023” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Allianz akan menyediakan perlindungan insurans perjalanan kepada seluruh Kontinjen Malaysia termasuk pegawai dari MOM.