PENYANYI rap Amerika, Snoop Dogg akan membawa obor Olimpik melalui Saint-Denis pada Jumaat ini, menandakan momen penting sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris.

Bersamanya ialah pelakon Perancis Laetitia Casta, rapper Perancis MC Solaar, dan bekas atlet lompat galah Ukraine Sergey Bubka.

Snoop Dogg yang terkenal dengan lagunya Young Wild and Free, The Next Episode dan lain lagi akan membawa obor itu melalui jalan-jalan di Saint-Denis, kawasan pinggir utara Paris yang berbilang etnik dan merupakan perkempungan atlet sebelum ke Stadium Olimpik dan Pusat Akuatik.

Logo Olimpik Paris 2024.

Perarakan obor bukanlah satu-satunya penampilan ‘rapper’ terkenal itu di Sukan Olimpik 2024 kerana dia juga akan menjadi pengulas Olimpik untuk stesen televisyen Amerika Syarikat, NBC.

Untuk tambahan, Snoop Dogg yang dilahirkan di Los Angeles iaitu satu kawasan yang lebih besar, akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik berikutnya pada tahun 2028.