AHLI perniagaan, Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharudin berharap tawaran untuk membeli 51 peratus saham Kuala Lumpur City FC mendapat perhatian daripada pihak berkenaan.

Megat D.Shahriman yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata, beliau sudah berfikir panjang dan bersedia membantu kelab KL City ini yang kini berdepan dengan masalah kewangan.

“Sebagai peminat KL City FC, dengan tawaran ini sahaja yang saya dapat membantu kelab yang berdepan dengan masalah. Orang tanya saya kenapa ambil risiko terlibat dengan bola sepak yang kini banyak kelab yang berdepan dengan masalah kewangan.


“Saya ada formula sendiri (menyelesaikan masalah). Tetapi saya tak boleh nak kongsi sepenuhnya kerana peguam saya masih menguruskan permintaan saya ini kepada kelab.

Bukti surat permohonan untuk membeli kelab Kuala Lumpur FC telah diserahkan kepada pihak KLFA serta wakil Kelab Kuala Lumpur City FC.

“Cuma apa yang boleh saya cakap, kalau nak jual sesuatu, nak tarik potential holder atau sponsor jangan cerita buruk pasal kelab sendiri.

“Saya tak boleh cakap banyak. Tetapi saya tetap masih memberi tawaran. Masa terus berjalan, kalau mereka mengambil masa lama, tunggakan gaji, KWSP semakin bertambah (kalau belum bayar).

Megat D. Shahriman

“Insya Allah kita tengoklah nanti,” kongsinya secara eksklusif kepada Flash Sukan.

Tambah Megat pihaknya sudahpun menyerahkan surat kepada  Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Kelab Kuala Lumpur United Sdn Bhd, dan Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC Stanley Bernard minggu lepas.