REZEKI tidak pernah salah alamat dan kuasa tular di media sosial itu sangat kuat selepas seorang murid tahun dua mendapat perhatian warga net ekoran videonya yang tidak diraikan selepas memenangi pertandingan badminton menjadi tular.

Pelatih di Akademi Badminton Ace, Sabah itu akhirnya mendapat hadiah istimewa daripada pempengaruh media sosial Sabah, Adrian Edy yang mengunjungi kanak-kanak berbakat itu ketika sesi latihan.

Adik Nubhan sebelum ini menjadi tular selepas menggunakan selipar untuk mengambil gambar selepas seakan-akan dipulaukan rakan yang lain selepas memenangi kejohanan badminton.

@adrianedy7

Terharu nampak video adik Nubhan yang tular, dia pertama kali ikut kejohanan dan menang, masa tu semua orang sibuk tidak dapat tolong dia ambil gambar, kita gembirakan dia dengan hadiahkan dia raket, kasut dan baju, moga adik Nubhan berjaya capai cita cita dia 🤍 #fyp #adrianedy

♬ original sound – Adrian Edy – Adrian Edy

Melalui satu kiriman video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok, @adrianedy7, dapat diketahui bahawa murid berusia lapan tahun itu pertama kali menyertai kejohanan badminton dan berjaya meraih tempat kedua.

“Terharu melihat video adik Nubhan yang menjadi tular. Dia pertama kali menyertai kejohanan dan berjaya meraih kemenangan. Pada waktu itu, semua orang sibuk sehingga tidak dapat menolongnya mengambil gambar.

“Kami menggembirakannya dengan menghadiahkan raket, kasut dan baju. Semoga adik Nubhan berjaya mencapai cita-citanya,” tulisnya dalam hantaran itu.

@acebadminton

Juara 🏸🏅📸🤳 #badminton #badmintonlovers #acebadminton #kidsbelike #fypシ

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto

Sebagai tanda penghargaan dan sikap ingin membantu, Adrian telah menghadiahkan Nubhan dengan sebatang raket, sepasang kasut baharu dan tiga helai baju baru yang menyerupai baju pemain badminton profesional.

Hadiah itu sangat menggembirakan Nubhan kerana satu-satunya kasut badminton miliknya telah terkoyak dan terpaksa meminjam raket kakaknya untuk menyertai kejohanan itu.

Adrian turut berharap agar Nubhan dapat terus berjaya dalam sukan badminton dan membesar menjadi seorang jaguh yang bakal mengharumkan nama negara suatu hari nanti dan dia juga berharap hadiah ini akan menjadi pendorong semangat buat Nubhan untuk mencapai impian dan cita-citanya.