SUKAN Olimpik Paris 2024 menterjemahkan kebolehaksesan temasya itu, dengan menyediakan ruang seluas-luasnya kepada golongan kurang upaya.

Dalam memastikan golongan itu bergerak bebas di venue sukan, penganjur Paris 2024, menyediakan 280,000 tiket yang telah ditempah untuk dijual kepada golongan kurang upaya termasuk mereka yang berkerusi roda (PIW) untuk menonton aksi di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Lebih menarik, Paris 2024 menyediakan beberapa alat dan penyelesaian inovatif yang disesuaikan dengan pelbagai kecacatan untuk memberikan perjalanan dan pengalaman terbaik kepada penonton kurang upaya.

Selain ruang parkir khas bagi membolehkan penonton berkerusi roda meletak kenderaan, penganjur turut menyediakan mikromobiliti untuk memudahkan penoton berkerusi roda bergerak, laluan khas memasuki venue dan pelbagai lagi.