KADAR jenayah di Kota Paris dan persempadanan dengan Belgium, meningkat ketika kota itu dibanjiri delegasi sukan antarabangsa, untuk menyertai Sukan Olimpik ke-33 yang dijadual dibuka secara rasmi esok.

Pelbagai kejadian jenayah telah dilaporkan baik oleh media massa mahupun media sosial, melibatkan mangsa yang terdiri daripada atlet negara yang mengambil bahagian mahupun pelancong yang datang untuk memberi sokongan kepada kontinjen bertanding.

Kru penyiaran Channel Nine, yang membuat liputan Temasya Paris 2024, berdepan detik cemas dalam cubaan samun ketika pulang ke penginapan mereka.

Menurut laporan oleh Dailymail, sebanyak pasukan penyiaran Sukan Olimpik iaitu Channel Nine diserang di Kota Paris selepas beberapa hari wanita Australia dirogol lima lelaki.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika kru Channel Nine sedang bertugas di jalanan di Paris dan ada cubaan merompak mereka.

Dua kakitangan teknikal itu berjalan kaki kembali ke penginapan mereka di Le Bourget namun diserang dalam cubaan samun beg galas.

Dua kakitangan teknikal Channel Nine itu berjaya melarikan diri tanpa kecederaan serius dan telah membuat laporan polis.

Vermin van digunakan skuad basikal BMX Australia, dipecah dan barangan dirompak.

Kejadian itu dipercayai insiden kedua paling buruk selepas seorang pelancong muda Australia dirogol beramai-ramai.

Susulan kejadian itu, atlet Australia diberi amaran untuk tidak berada di luar bersendirian mahupun memakai pakaian rasmi yang melambangkan negara itu.

Chef de Mission kontinjen Australia, Anna Meares berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai kontinjen negara itu berdepan ancaman namun menasihati agar lebih berhati-hati ketika meninggalkan perkampungan sukan.

@natalyadiehm

This really delaying our arrival into the village today. Luckily our bikes weren’t in the car 😅 #olympics #bmx #stolen #broken #trending #fyp #foryou

♬ original sound – Natalya Diehm

Atlet BMX wanita Australia, Natalya Dheim menunjukkan barangan mereka yang dirompak ditemukan di campak di sebuah taman.

Barangan yang digunakan atlet BMX Australia, dikeluarkan daripada bag dan dibiar berselerak di taman.

“Saya diberitahu dan ia kedengaran mengerikan. Sudah tentu apabila perkara ini melibatkan wanita, ia memberikan kesan dan saya harap wanita (mangsa rogol) diberi penjagaan dan mendapat sokongan bagi mengatasi trauma,” kata Meares.

Dalam pada itu, bintang BMX Australia mendedahkan dirompak hanya beberapa hari sebelum bertanding di temasya sukan terbesar dunia itu, dan menganggap perjalanan ke Paris adalah perkara yang cukup ‘gila’.

Logan Martin, 30, mendedahkan bahawa barangan peribadi yang berada dalam van mereka yang dipandu dari Brussels, Belgium telah dicuri ketika van itu dipecah masuk.

Pemenang pingat emas freestyle BMX Olimpik Tokyo, Logan Martin, bernasib baik, apabila tidak meninggalkan basikalnya dalam van yang dipecah dan dirompak. 

Menerusi akaun TikTok yang dikongsi jaguh BMX wanita, Natalya Diehm, dapat dilihat cermin van digunakan skuad BMX Australia itu dipecahkan.

“Van kami dipecah masuk malam tadi. Mujur basikal kami tidak berada dalam van itu tetapi beg basikal telah dilarikan bersama. Permulaan perjalanan yang ‘gila’,” kata Logan.

Menurutnya, kebanyakan kelengkapan pertandingan di telah dibawa masuk ke dalam bilik namun dia kehilangan dompet, beg galas dan beberapa barang lagi dalam insiden itu.

Mereka kemudian menemui beg yang dicuri yang dicampak di sebuah taman dan bertuah kerana tag pada beg mereka mempunyai penjejak.

Dalam pada itu, CDM Meares mengesahkan pihaknya sedang menguruskan untuk menggantikan barangan yang hilang termasuk helmet dan kasut. -Agensi