JAGUH perseorangan Jepun, Kento Momota melangkah ke separuh akhir setelah lawan dari Indonesia, Rhustavito terpaksa menarik diri ekoran kecederaan pada betis kanannya.

Perlawanan tersebut menyaksikan pemain No. 2 dunia itu mendahului perseorangan Indonesia pada set pertama 13-6.

“Pasukan lawan adalah masih muda dan sangat kuat, saya lihat dia adalah no. 1 untuk generasi muda. Saya cuba menjadi kuat dan memupuk diri sendiri, jika tidak lawan akan menolaknya dengan lebih keras.

“Penyokong Malaysia sangat membantu, mereka berikan banyak sokongan untuk saya dan dia dipengaruhi dengan sorakan mereka, dan dia mengharapkan penonton akan bersorak untuknya dalam perlawanan selepas ini dan harapnya jika masuk final nanti.

“Secara jujur, dengan prestasi terkini, saya langsung tidak yakin akan melangkah ke suku akhir tetapi saya berjaya menjadi empat terbaik pada masa ini. Jadi saya berasa lebih yakin dan saya hanya cuba memberikan terbaik untuk  separuh akhir dan diharapkan dapat ke akhir serta menambah pengalaman,” jelas Momota.

Sementara itu, jurulatih perseorangan Indonesia, Irwansyah berkata kesilapan pergerakan Rhustavito dari kiri ke kanan telah mengakibatkan kecederaan yang menyaksikan dia terpaksa merelakan jaguh dari Jepun itu ke separuh akhir.

“Ada yang robek di ototnya, tadi waktu mengambil dari kanan dari kiri, di situ dia kena. Lanjutan nanti boleh lagi jelas. Di sini ada scannya, jadi habis lima belas minit diletak ais dulu, tapi jika ikut doktor, ada yang sobek di ototnya itu, jadi kalau mau tekannya sakit,” ujar jurulatih Indonesia itu.

Kini, harapan terletak hanya di tangan pemain Indonesia, Jonatan Christie pada peringkat separuh akhir, yang terlebih dahulu mudah menundukkan wakil India, Prannoy Haseena Sunil Kumar dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena.