CHINA memenangi pingat emas pertama dalam Olimpik Paris 2024 pada Sabtu, apabila mereka berjaya mengalahkan Republik Korea 16-12 dalam saingan akhir pasukan bercampuran Air Rifle 10 meter(m) di Chateauroux.
Gandingan penembak, Huang Yuting dan Sheng Lihao mendahului pasangan Korea, Keum Jihyeon dan Park Hajun, selepas tewas dalam pusingan pertama dan langsung tidak ketinggalan lagi selepas itu.
Keum dan Park memenangi pusingan pertama 20.6-20.3 sebelum Huang dan Sheng memenangi tiga pusingan berikutnya untuk mendahului 6-2.
Korea mencabar kembali dengan memenangi dua pusingan berturut-turut selepas ketinggalan 8-14 tetapi pasangan China itu berjaya mengekalkan ketenangan mereka untuk memastikan kemenangan.
Sebelum itu, Alexandra Le dan Islam Satpayev dari Kazakhstan mengalahkan Anna Janssen dan Maximilian Ulbrich dari Jerman dengan keputusan 17-5 untuk meraih pingat gangsa.