PELUMBA pasukan JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya menyambar kedudukan tempat kedua (P2) dalam Pusingan 4 Kejuaraan Asia Road Racing Championship 2024 di Litar Antarabangsa Mandalika Pertamina, Lombok, Indonesia pada Ahad.
Hafizh menamatkan perlumbaan dengan masa 20’57:923s dibelakang juara, Soichiro Minamimoto dari pasukan Yamaha Tekhne Racing Team ASia (20’55:484s).
Manakala Andi Farid Izdihar – Honda Asia-Dream Racing with Astemo mencatatkan masa 20’58:878s untuk mengambil tempat ketiga di podium.
Mengulas tentang prestasinya, Syahrin menjelaskan pasukannya telah membuat kemunculan semula yang kuat dari Pusingan 1, yang disifatkannya sebagai perlumbaan mencabar berbanding musim-musim sebelumnya.
Dia cukup berpuas hati dengan penerimaan pasukan terhadap kedudukan P2 dan keadaan pada pusingan terakhir.
“Saya percaya kami boleh berjuang untuk kemenangan. Terima kasih kepada pasukan saya kerana tuning motosikal selama beberapa hari lepas untuk memastikan ia berada dalam keadaan terbaik,” kata Syahrin selepas perlumbaan.
Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Sepang, Malaysia, dan Hafizh mengalu-alukan para peminat untuk datang dan menyokong dirinya dan pasukan di sana.
KEPUTUSAN TOP 5 – P2
ASB1000
- Soichiro Minamimoto – YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA (20’55:484s)
- Hafizh Syahrin Abdullah – JDT RACING TEAM (20’57:923s)
- Andi Farid Izdihar – Honda Asia-Dream Racing with Astemo (20’58:878s)
- Md Zaqhwan Zaidi – Honda Asia-Dream Racing with Astemo (21’01:168s)
- Sho Nishimura – TKKR BMW Racing Team (21’01:266s)