PASUKAN Great Britain memenangi emas pertama mereka di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila pasukan ekuestrian mengalahkan tuan rumah Perancis dalam merangkul gelaran eventing (juara tiga kategori acara) sekali gus mempertahankan mahkota Olimpik buat kali pertama sejak 1972.

Gandingan berpasukan, Ros Canter, Tom McEwen dan Laura Collett menjadi wira Britain setelah dinobatkan sebagai juara eventing berpasukan di Chateau de Versailles.

Pasukan GB telah mencatatkan skor yang baik dalam acara dressage dan cross country untuk mendahului kedudukan dengan 82.5 mata, manakala Perancis mengikuti dengan 87.2 mata.

Emas pertama Great Britain menerusi acara ekuestrian.

Kelebihan tersebut boleh menjadi lebih besar jika penganjur tidak menolak mata dari acara cross country, selepas Canter secara kontroversial dikenakan penalti kerana menyentuh bendera semasa melepasi pagar.

Canter merupakan pelumba berkuda pertama menghadapi bahagian showjumping acara itu, malah sudah menerima empat penalti dalam pusingan di atas kuda Lordships Graffalo.