DETIK yang dinanti-nantikan telah tiba, pemain kesayangan Selangor FC iaitu Faisal Abd Halim akan muncul semula dalam aksi Liga Malaysia setelah disenaraikan dalam pemain simpanan pada saingan separuh akhir kedua Piala FA 2024.

Perlawanan yang dijanjikan penuh sengit itu akan berlangsung tepat jam 9 malam ini, menyaksikan Faisal yang akan memanaskan bangku simpanan dan mungkin melakukan debut setelah hampir empat bulan berehat.

Stadium MBPJ akan menjadi saksi kemenangan malam ini, sama ada pasukan tuan rumah, Selangor FC ataupun Terengganu FC yang akan mara ke aksi final Piala FA 2024.

Dengan kehadiran Faisal di atas padang, pastinya ia menjadi pembakar semangat buat pasukannya yang merindukan aksi bersama tunjang skuad Gergasi Merah itu.

Faisal Halim sebelum ini ‘bercuti’ panjang setelah kejadian simbah asid yang menimpa dirinya pada bulan Mei lalu. Keadannya semakin hari semakin stabil dan akhirnya, penyokong sejati Selangor FC dapat kembali melihat wira kegemaran mereka di atas padang malam ini.