PASUKAN Kuala Lumpur (KL) City FC berdepan perjalanan sukar sekali lagi, selepas dijatuhkan beberapa denda yang cukup berat dan perkara itu telah disahkan sendiri oleh pihak First Instance Body (FIB).

Menurut kenyataan yang dimuatnaik oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), FIB menegaskan bahawa proses pemberian Lesen‬ Kebangsaan‬ pada 22 November 2023 dan‬ Lesen‬ AFC‬ pada 15 Mei 2024 kepada‬ KL City FC‬ (‬bagi musim 2024-2025) telah dilakukan dengan betul dan berdasarkan peraturan yang termaktub di dalam Peraturan‬ Pelesenan‬ Kelab‬ MFL‬ Edisi‬ 2023‬ (‬MFL‬ CLR‬ 2023‬).

Setelah pendedahan dibuat oleh Pengarah Kelab KL City FC, En Syed Yazid, FIB memulakan siasatan‬ secara‬ menyeluruh bermula dengan semakan‬ melalui‬ sistem‬ AFC‬ CLAS‬ bagi‬ mengesahkan‬ segala‬ deklarasi‬ tunggakan‬ yang‬ menyatakan‬ bahawa‬ tiada‬ sebarang‬ tunggakan‬ sehingga‬ 30‬ Jun‬ 2023‬ untuk‬ Lesen‬ Kebangsaan‬ dan‬ 31‬ Disember‬ 2023‬ untuk‬ Lesen‬ AFC‬ dengan‬ lampiran‬ surat‬ sokongan‬ daripada‬ agensi‬ kerajaan‬ sebelum‬ penilaian‬ bagi‬ keputusan‬ berkenaan‬ pemberian‬ lesen.‬

FIB‬ seterusnya memulakan proses‬ audit dan telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi kelab dan Persatuan‬ Bolasepak Kuala‬ Lumpur‬ (‬KLFA‬) yang berlangsung‬ di‬ pejabat‬ KL‬ City‬ FC‬ pada‬ 26‬ Julai‬ 2024‬.

“Sesi ini‬ bertujuan‬ untuk‬ menyemak‬ semula‬ kesahihan‬ surat‬ deklarasi‬ kelab, KWSP, LHDN dan PERKESO yang‬ dikemukakan‬ oleh‬ pihak‬ kelab‬ sebelum‬ ini‬ dengan‬ merujuk kepada MFL CLR 2023 dibawah artikel 2.5 “‬Compliance audits‬” dan juga untuk menerima maklum balas secara langsung daripada pengurusan kelab mengenai kewujudan percanggahan maklumat deklarasi itu.

“Hasil semakan FIB itu mendapati bahawa dokumen yang diserahkan KL City FC berkenaan caruman LHDN, KWSP dan Perkeso mengandungi maklumat tidak tepat / tidak benar berdasarkan pengesahan daripada agensi-agensi kerajaan melalui e-mel kepada FIB di mana agensi-agensi berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City FC kepada FIB sebelum ini.

“Maklumat ini jelas bercanggah dengan dokumentasi yang telah diserahkan kepada FIB sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen kriteria kewangan pada 31 Ogos 2023 untuk lesen kebangsaan dan 31 Mac 2024 untuk lesen AFC,” menurut kenyataan MFL.

Berdasarkan insiden sedemikian, MFL menyatakan bahawa kelab bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyerahan dokumentasi serta integriti keseluruhan dokumentasi yang diserahkan kepada FIB.

Dengan merujuk‬ kepada‬ MFL‬ CLR‬ 2023‬ bagi‬ Lesen‬ Kebangsaan‬ dibawah‬ artikel‬ 2.4‬ “Licensing Sanctions”, hukuman‬ dikenakan‬ ke‬ atas‬ pasukan‬ KL‬ City‬ FC‬ berdasarkan‬ deklarasi‬ tidak tepat / tidak benar adalah seperti hukuman berdasarkan lesen kebangsaan.

“Tunggakan‬ agensi‬ kerajaan setakat‬ 31 Disember 2023‬ perlu diselesaikan sebelum‬ 30 September 2024‬. Sekiranya‬ pihak‬ KL‬ City‬ FC‬ gagal‬ menyelesaikan‬ tunggakan‬ tersebut‬ secara‬ bayaran‬ penuh‬ pada‬ tarikh‬ akhir‬ yang‬ ditetapkan‬ oleh‬ pihak‬ FIB,‬ denda selanjutnya akan dikenakan.

“Jadi, setakat ini hukuman berdasarkan lesen Kebangsaan yang dikenakan adalah pemotongan enam mata, denda RM 50,000 dan larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025.

“Hukuman berdasarkan lesen AFC pula,‬ mereka tidak dibenarkan untuk‬ memohon‬ lesen‬ AFC‬ selama‬ dua‬ kitaran Pelesenan kelab‬ MFL‬ (‬kitaran‬ 2024-2025‬ dan‬ 2025-2026‬), denda RM 50,000 dan‬‬ kitaran pelesenan kelab MFL 2023-2024 bagi‬ musim‬ AFC 2024‬-2025‬ dibatalkan,” tambah MFL.

Selain itu, sekiranya perlu Ahli Lembaga Pengarah MFL juga boleh mengambil tindakan susulan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh KL City FC ini.

Oleh‬ itu,‬ pihak‬ FIB‬ berharap‬ kesemua‬ kelab‬ Liga‬ Super‬ dapat mengambil‬ iktibar‬ daripada‬ isu‬ ini‬ supaya tidak mengambil mudah berkaitan maklumat deklarasi yang diserahkan kepada FIB kerana badan bebas itu boleh‬ melakukan‬ semakan semula dan‬ menarik‬ Lesen‬ Kebangsaan‬ atau‬ Lesen‬ AFC‬ sekiranya‬ didapati‬ bersalah‬ dengan‬ merujuk‬ kepada‬ Peraturan Pelesenan Kelab MFL.‬