PENGERUSI Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus menegaskan bahawa pihaknya mensasarkan gelaran juara pada Pestabola Merdeka yang akan berlangsung pada 4 September depan.
Harimau Malaya yang diundi bertemu pasukan ranking-147 dunia iaitu Filipina bakal berentap di kejohanan pertama Pestabola Merdeka edisi ke-43, sejurus menyasarkan kemenangan untuk melayakkan diri ke pentas akhir.
Mohd Firdaus berkata semasa sesi sidang media pada Selasa, Malaysia yang kali terakhir memenangi Pestabola Merdeka pada tahun 2013 tiada alasan untuk tidak memenangi kejohanan edisi ke-43 tahun ini.
“Kita kalau boleh mahu bertemu pasukan lebih baik pada masa akan datang. Kita cuba mencari pasukan 100 terbaik di dunia, biar kita lawan pasukan lebih kuat dan dapat menjadikan kejohanan ini lebih berprestij.
“Sudah tentu kita sasarkan juara Pestabola Merdeka. Tidak ada sebarang alasan untuk kita tidak bergelar juara pada edisi kali ini,” ujar Firdaus ketika dalam sesi sidang media.
Dalam perkembangan sama, Datuk Noor Azman selaku Setiausaha Agung FAM turut mendedahkan bahawa Malaysia akan menurunkan skuad terkuat pada Pestabola Merdeka nanti.
ARTIKEL BERKAITAN : Pestabola Merdeka 2024 : Pasukan ranking 147 dunia cabaran pertama Harimau Malaya
Perkara ini sekali gus mendukung sasaran FAM untuk melihat Malaysia kembali bergelar juara selepas kemarau kekalahan sejak tahun 2013.
Kemenangan yang tidak mustahil buat pasukan bimbingan Pau Marti Vicente walaupun Tajikistan selaku juara bertahan pastinya mahu memadam hasrat pasukan lain untuk merampas juara daripadanya.