LATAR belakang Menara Eiffel menjadi saksi buat atlet meluahkan perasaan, berdansa mahupun menangis bersama-sama kalungan pingat di leher.

Buat julung kalinya dalam sejarah Olimpik musim panas, tuan rumah menyediakan empat untuk atlet yang memenangi pingat di sukan olimpik paris, meraikan kemenangan bersama peminat yang sentisa menyokong mereka.

Antara pemenang pingat emas yang meraikan kemenangan di Champions Park. | FOTO Agency

Champions Park yang dilancarkan pada Isnin, di Trocadero, membolehkan pemenang pingat Olimpik berkongsi pengalaman bersama ahli keluarga dan ribuan peminat yang tidak dapat membeli tiket untuk memasuki venue pertandingan.

Pasukan ragbi Perancis yang menewaskan Fiji untuk memenangi pingat emas, menjadi yang pertama disambut diraikan di Champions Park, berdansa dan berlari di sekeliling pentas sambil peminat bersorak kegembiraan.

Antara pemenang pingat emas yang meraikan kemenangan di Champions Park. | FOTO Agency

Mereka juga berpeluang bergambar berlatar belakangkan Menara Eiffel.

Pentas yang bagaikan laluan catwalk model itu turut menyaksikan bintang-bintang badminton, malah kehadiran Novak Djokovic dari Serbia yang memenangi emas tenis perseorangan lelaki, mendapat sorakan padu penyokong.

Novak Djokovic meraikan kemenangan pingat emas perseorangan tenis lelaki di Champions Park.| FOTO Agency

Sebanyak 13,000 tempat duduk disediakan bagi membolehkan peminat mendapatkan pengalaman unik dan istimewa itu.

Malah lebih 1,000 atlet dijangka meraikan kemenangan bersama peminat mereka di Champions Park sehingga temasya berakhir.