ARSHAD Nadeem mencipta sejarah buat negaranya, Pakistan apabila menghadiahkan pingat emas pertama di trek dan padang, ketika memenangi acara merejam lembing lelaki di Stade de France.
Prestasi luar biasa dipamerkan atlet berusia 27 tahun itu menbyaksikan juara bertahan, Neeraj Chopra dari India diketepikan sambil memecah rekod Olimpik.
Nadeem meraikan kejayaannya dengan menganggat kedua-dua tangan ke udara, selepas rejaman keduanya mencecah 92.97 meter (m), catatan terbaik dunia tahun ini.
Sementara itu, Chopra yang selesa mendahului pada pusingan kelayakan dan diramal memenangi acara itu, jauh dari prestasi terbaiknya apabila sekadar melakukan rejaman terbaik 89.45m.
Ironinya, catatan itu menjadi satu-satunya rejaman yang dibenarkan selepas lima lagi cubaannya dibatalkan.
Atlet Grenada, Anderson Peters yang juga juara dunia dua kali, memenangi pingat gangsa selepas merejam jarak 88.54m.
Untuk rekod, pencapaian Nadeem itu membolehkan Pakistan menamatkan kemarau emas sejak 8 temasya lalu, selepas kali terakhir mereka memenangi emas pada Olimpik Atlanta 1992, ketika skuad hoki mereka muncul juara.