PELUMBA Jerman, Lea Friedrich mencipta rekod baharu dunia dalam acara pecut individu wanita, pada pusingan kelayakan di Saint Quentin en Yvelines, Paris.

Pecutan jarak 200 meter (m) itu dilakukan dalam tempoh 10.029 saat (s) membolehkannya mengatasi rekod yang dilakukan Ellesse Andrews dari New Zealand, 10.117s yang dicipta lima minit sebelum itu.

Ellesse Andrews dari New Zealand, terlebih dahulu melebur rekod dunia milik Kelsey Mitchell, namun dipintas Lea Friedrich.| FOTO AGENCY

Sementara juara dunia, Emma Finucane dari Great Britain turut memintas Andrews setelah merakam 10.067s.

Sebelum pusingan kelayakan pecut individu wanita itu, rekod dunia dipegang Kelsey Mitchell dari Kanada, 10.154s yang dilakukannya di Cochabamba pada 2019.

Manakala rekod lama Olimpik milik Friedrich, 10.310s dilakukan pada Olimpik Tokyo.