APA KES! Pingat dimenangi atlet di Sukan Olimpik Paris 2024 didakwa tidak berkualiti.
Atlet papan selaju Amerika Syarukat (AS), Nyjah Huston mendakwa, pingat gangsa yang dimenanginya dalam acara papan selaju jalanan pada 29 Julai lalu, memudar dan menggelupas.
“Pingat Olimpik ini nampak gak ketika baru diterima, tetapi selepas bersentuhan dengan kulit saya, terkena peluh dan membiarkan rakan-rakan memegang dan memakainya.
“Rupa-rupanya tidak berkualiti tinggi seperti yang disangka,” katanya kepada pengikut di Instagram.
Begitupun katanya, sisi belakang pingat itu kelihatan lebih berkualiti, sedikit.
Pingat di temasya itu direka khas oleh pembuat barang kemas terbuka di Paris, Chaumet dan setiap pingat mempunyai dua sisi berbeza.
Satu sisi berbentuk token heksagon seberat 18 gram (g) diperbuat daripada besi yang diambil daripada Menara Eiffel, dengan token tengahnya dikelilingi alur yang direka seolah-olah terpancar sinaran cahaya.
Sisi kedua pula melambangkan dewa kemenangan Yunani, Nike seperti yang ada pada setiap Temasya Olimpik sejak 1928, dengan lakaran Acropolis di sebelah Menara Eiffel.
Pingat gangsa itu dianggarkan seberat 525g diperbuat daripada koper, tin dan aloy.