KONTRAK Mohamed Salah bersama Liverpool akan tamat tidak lama lagi. Bekas pemain Chelsea, Chris Sutton menasihatkan Arne Slot untuk mengekalkan Salah.
Salah menjadi pemain penting Liverpool sejak dibawa masuk dari AS Roma pada musim panas 2017. Bintang Mesir itu berjaya menjaringkan banyak gol dan bantuan untuk The Reds.
Kontrak Salah bersama Liverpool ketika ini berbaki setahun atau sehingga musim panas 2025. Bagaimanapun, setakat ini tiada tanda-tanda Salah akan melanjutkan tempoh perkhidmatannya di Anfield.
Sejak kebelakangan ini, Salah sering dikaitkan dengan perpindahan dari Liverpool. Pemain berusia 32 tahun itu dilaporkan masih menjadi sasaran beberapa kelab Arab Saudi pada musim panas ini.
— Mohamed Salah FC (@Mohamedsalahfc) August 10, 2024
Sutton percaya bahawa Slot memerlukan semua pemain terbaik Liverpool untuk berjaya di Anfield. Kerana itu, Sutton menasihatkan Slot untuk mengekalkan Salah.
“Jika anda Arne Slot, anda mahu melakukan sebaik mungkin. Anda perlu mengekalkan Mohamed Salah kerana dia pemain terbaik anda. Anda tidak perlu risau tentang mengisi tabung anda,” kata Sutton kepada Best Online Poker Sites.
“Anda perlu memikirkan tentang memenangi perlawanan dan cuba memberi impak sebenar sebagai pengurus pada musim pertama. Kedudukan yang cuba diisi oleh Slot, kedudukan Jurgen Klopp, adalah besar dan hampir mustahil untuk diisi.
“Dia perlu mengekalkan Salah untuk mempunyai sebarang peluang untuk berjaya,” ujarnya.