WALAU kontinjen negara gagal mencapai sasaran satu pingat emas yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, namun prestasi atlet muda yang kali pertama menyertai temasya sukan terbesar dunia itu, perlu diberi sokongan segera sebagai persiapan Olimpik Los Angeles 2028.
Menurut Ketua Kontinjen Olimpik Malaysia (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan Aniq Kasdan (Angkat berat), Bertrand Rhodict Anak Lises (Terjun), Tan Rouxin (Renang), Ariana Nur Dania Mohamad Zairi (Memanah), Nurul Azreena Mohamad Fazil (Memanah) dan Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi (Olahraga), Ashley Lau Jen Wen (Golf) dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (Berbasikal-Trek) antara yang perlu diberikan perhatian sewajarnya.
“Nurul Izzah merupakan permata baharu sukan berbasikal negara telah membuktikan kemampuan apabila mencatat rekod baru kebangsaan dalam acara pecut dan mara ke pusingan pertama. Beliau merupakan atlet wanita negara pertama dalam acara pecut yang berjaya mara ke pusingan berikutnya.
“Aniq Kasdan hampir melakukan kejutan apabila tewas tipis di belakang atlet Amerika Syarikat dalam acara Kategori 61kg apabila mencatatkan 297kg yang juga merupakan rekod baru kebangsaan. Atlet Amerika Syarikat yang mempunyai catatan peribadi (176kg) yang juga merupakan rekod dunia bagi clean and jerk.
“Beliau telah berjaya mengangkat 298kg iaitu 1kg melebihi angkatan Aniq. 22. Pemanah wanita negara membuktikan bahawa mereka perlu diberi perhatian apabila Syaqiera Mashayikh berjaya mencatat rekod peribadi (Personal dan Season Best) dengan mencatat pungutan markah 663 semasa pusingan kelayakan Recurve individu wanita dan berada di kedudukan ke-14 daripada 64 atlet.
“Beliau tewas kepada atlet dari negara Brazil (Sliachticas Caetano Ana Luiza) di pusingan 1/16 kalah mati melalui penentuan shoot-off,” jelasnya dalam satu kenyataan hari terakhir Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam pada itu, Kontinjen kali ini diwakili oleh seramai 26 orang atlet dari 9 jenis sukan iaitu Akuatik Renang (2), Akuatik Terjun (2), Badminton (8), Berbasikal (4), Menembak (1), Memanah (3), Pelayaran (2), Golf (2), Angkat Berat (1) dan Olahraga (1).
Pelbagai isu sama ada besar atau kecil telah di tangani secara bersama oleh semua pihak bagi memastikan atlet Malaysia yang bertanding dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada acara masing-masing. 6. Daripada 26 orang atlet yang terpilih, seramai 15 orang atlet (58%) membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik, 22 orang atlet layak secara merit, 3 layak melalui tiket wild card dan 1 orang melalui “unused quota”.
Jika dibandingkan dengan negara-negara Asean, Malaysia menduduki tangga ke-3 dari jumlah penyertaan di mana Thailand (52 atlet), Indonesia (29 atlet), Malaysia (26 atlet), Singapura (23 atlet) dan Filipina (22 atlet). 8. Seramai 5 orang atlet telah membuat penampilan di Sukan Olimpik melebihi 2 kali iaitu Dato’ Mohd Azizul Hasni Awang (5 Kali), Khairulnizam Mohd Affendy (4 Kali), Nur Dhabitah Sabri (3 Kali), Gavin Kyle (3 kali) dan Nur Shazrin Latif (3 Kali).
Kontinjen Negara telah memenangi 2 Pingat Gangsa serta menduduki tangga ke 80 daripada 206 negara yang menyertai Temasya Sukan Olimpik 2024. Di peringkat negara-negara Asia, Kontinjen Negara menduduki ranking 18 daripada 45 negara Asia yang menyertai Sukan Olimpik kali ini.
Sebanyak 3 rekod kebangsaan berjaya di pecahkan di Paris 2024 melalui Mohamad Aniq Bin Kasdan Kategori 61kg dalam acara Snatch – 130 kg (129 kg) dan Total – 297 kg (296 kg). Manakala Datuk Mohd Azizul Hasni Awang dalam acara Pecut Lelaki (Qualifying) telah membuat catatan 9.402s (9.532). Nurul Izzah Izzati Mohd Asri pula dalam acara Pecut Wanita (Qualifying) juga mencatat rekod baru kebangsaan dengan catatan 10.709 (10.903).
Pada masa yang sama 5 catatan terbaik peribadi dicatatkan oleh atlet negara melalui Syaqiera Mashayikh (Memanah), Muhammad Shah Firdaus Bin Sahrom (Berbasikal – pecut), Dato’ Mohd Azizul Hasni Awang (Berbasikal – pecut), Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (Berbasikal – pecut) dan Mohamad Aniq Bin Kasdan (Angkat berat).
“Sukan berbasikal telah mengakhiri persaingan di SaintQuentin-en-Yvelines Velodrome di peringkat akhir dalam acara keirin tanpa sebarang pingat apabila Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlibat dengan kemalangan yang berpunca daripada pelumba Jepun mengakibatkan beliau telah di Relegate dan telah di letakkan di kedudukan ke enam. Muhammad Shah berjaya memperbaiki pencapaian terbaik beliau di Tokyo yang hanya layak peringkat suku akhir.
“Sukan badminton terus menjadi penyumbang pingat kepada kontinjen negara apabila pasangan beregu lelaki Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik memenangi pingat gangsa mengalahkan pasangan Denmark, Kim Astrup/Anders Rasmussen dalam persaingan rubber set yang cukup dramatik.
“Lee Zii Jia membuktikan kemampuannya menjadi penyumbang pingat kepada negara apabila menumbang pemain ranking ke 22 dunia dari India, Lakshya Sen dalam perlawanan rubber set yang mendebarkan. Lee Zii Jia telah berjaya memperbaiki ranking dunia beliau dari 7 pada bulan April lalu kepada 6 sekarang.
“Pearly dan Thinaah (April – Ranking 9 dunia) telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir acara beregu wanita sekaligus mencipta sejarah tersendiri. Beregu wanita negara ini telah di undi dalam kumpulan maut dan berjaya mengenepikan ramalan ramai pihak dengan berjaya menjadi naib juara kumpulan A. Kejayaan mereka menumbang pasangan dari Korea Selatan, Kim So Yeong/Kong Hee Yong yang berkedudukan 8 ranking dunia di peringkat suku akhir sebelum tewas kepada pasangan Chen Qing Chen/Jia Yi Fan yang berkedudukan ranking ke 1 dunia.
“Pasangan beregu wanita negara terpaksa akur kepada Chiharu Shida/Nami Matsuyama (Ranking ke 10 dunia) di persaingan merebut pingat gangsa. 20. Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei juga telah membuktikan mereka mampu menjadi pencabar pada masa hadapan selepas berjaya layak pusingan suku akhir acara beregu campuran sebelum tewas kepada pasangan dari Korea Selatan, Kim Won Ho/Jeong Na Eun yang berkedudukan ranking 6 dunia.”
Mengenai acara terjun pula; “Walaupun Nur Dhabitah Sabri bertanding di Sukan Olimpik Paris melalui slot “unused quota” di saat akhir, namun beliau menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk menempatkan diri di pusingan akhir acara 3m Papan Anjal (W) Individu dan menduduki tangga ke -12. 24.
“Pemain golf profesional negara, Gavin Kyle mengakhiri kempennya di Sukan Olimpik Paris di kedudukan tempat ke-33 daripada 58. Ini merupakan prestasi terbaik beliau berbanding pencapaian di Tokyo 2020 menduduki tempat ke-57 dan ke-47 di Rio 2016.
“Secara keseluruhan saya mengucapkan tahniah kepada penganjur yang telah menganjurkan Temasya Sukan Olimpik edisi ke-33 dengan jayanya.
“Terima kasih kepada semua pengurus pasukan, pegawai sekretriat kontinjen dari OCM, MSN dan ISN serta sekretariat Malaysia House kerana telah membantu CDM dan DCDM menguruskan kontinjen tanpa sebarang isu-isu besar.
“Terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan), Adam Adli (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) dan Tan Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria (Presiden MOM) yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan kepada Kontinjen Negara.
“Juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua, terutamanya Sekretariat di Perkampungan Sukan kerana bertungkus lumus di belakang tabir dalam menyelaraskan pergerakan delegasi, MOM, MSN dan ISN.
“Tidak lupa juga pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kedutaan Besar Malaysia di Paris, para penyokong yang datang jauh dari Kuala Lumpur dan semua peminat sukan atas sokongan, kata-kata semangat dan kerjasama kepada Datuk Nicol dan saya sendiri dalam menguruskan Kontinjen,” katanya.