PELUMBA Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar muncul sebagai pelumba terpantas dalam sesi latihan keseluruhan Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) A Pusingan 2 di Litar Antarabangsa Sepang Petronas berlangsung hari ini.
Azroy mencatat masa terpantas dalam Latihan 1 dengan catatan masa 2’08:517s, menewaskan Kasma Daniel Kasmayudin dari Yamaha Tekhne Racing Team Asia yang mencatat masa 2’08:887s dan Nakarin Atiratphuvaphat dari Honda Racing Thailand dengan 2’09:292s di tempat kedua dan ketiga masing-masing.
Dalam Latihan 2, Azroy sekali lagi mendahului dengan catatan masa 2’09:168s. Azlan Shah Kamaruzaman dari Horizon Racing Team meraih tempat kedua dengan catatan masa 2’09:501s diikuti oleh Soichiro Minamimoto dari Yamaha Tekhne Racing Team Asia dengan catatan masa 2’09:631s.
Hasil keseluruhan sesi latihan, Nakarin muncul sebagai yang terpantas, manakala Azroy di tempat kedua dan Azlan menduduki tempat ketiga.
“Secara keseluruhan, hari ini tidak begitu baik untuk catatan masa saya disebabkan beberapa masalah dengan motosikal saya. Saya juga terjatuh dalam FP1, yang menyebabkan saya lebih berhati-hati ketika menunggang.
“Kami ada beberapa penyelesaian untuk esok, dan saya harap dapat memperbaiki keadaan motosikal saya. Sudah tentu, saya berazam untuk mendapatkan tempat di podium bagi Perlumbaan 1 esok,” katanya.
Keputusan Top 5
MSBK1000 A
1. Azroy Hakeem Anuar – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (2’08:517s)
2. Kasma Daniel Kasmayudin – YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (2’08:887s)
3. Nakarin Atiratphuvaphat – HONDA RACING THAILAND (2’09:292s)
4. Azlan Shah Kamaruzaman – HORIZON RACING TEAM (2’09:388s)
5. Soichiro Minamimoto – YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (2’09:604s)