DUA pemain badminton harapan negara di Sukan Paralimpik Paris 2024, memulakan langkah kanan apabila mencapai kemenangan ke atas lawan masing-masing.
Juara bertahan perseorangan lelaki kategori SU5, Cheah Liek Hou yang diletakkan selaku pilihan utama, tiada masalah mengatasi Bartlomiej Mroz dari Poland, dengan keputusan 21-10, 21-6 untuk memimpin kumpulan A.
Aksi di Arena de la Chapelle turut menyaksikan seteru utama Liek Hou dalam kumpulan A, Suryo Nugroho dari Indonesia mengatasi ke atas wakil tuan rumah, Meril Loquette, 21-13, 21-13.
Cheah Liek Hou tiada masalah memenangi perlawanan pertama kumpulan A, Paralimpik Paris 2024 dalam kategori SU5 lelaki., menyaksikan seorang lagi wakil negara, Muhammad Fareez Anuar mencipta kejutan ke atas pilihan kedua kejohanan dari Chinese Taipei, Fang Jen Yu.
Pemain negara itu mencapai kemenangan 21-14, 21-18 ke atas Jen Yu, dan hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk melangkah ke separuh akhir.
Esok, Fareez akan berdepan tugas getir menentang Dheva Anrimusthi dari Indonesia dan kemenangan akan memastikan slot ke separuh akhir.
Jurulatih badminton para negara, Nova Armada berkata, kemenangan Like Hou sudah dijangka namun beliau bimbangkan Fareez yang tidak pernah menang ke atas pemain Chinese Taipei sebelum ini.
“Mengikut perancangan, tiada masalah untuk Like Hou kalahkan pemain Poland (Mroz) dan saya hanya bimbangkan Fareez.
“Dalam tiga pertemuan di Kejohanan Asia, Kejohanan Dunia dan di Scotland, semuanya kalah.
“Setelah kita pelajari permainanJen Yu dan hari ini Fareez dapat mengeluarkan permainannya dan Alhamdulillah menang straight game,” kata Armada.