MD Akif Abdullah berjaya mencatat masa terpantas di sesi kelayakan Pusingan 7 Kejuaraan Malaysian Cub Prix dalam kategori Wira KBS yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor.
Selepas berdepan beberapa cabaran besar pada awal perlumbaan, Akif tidak mengambil masa lama untuk perbaiki catatan masanya sekali gus berjaya menempatkan diri di kedudukan teratas.
Menurut Akif, semangat kemerdekaan turut memberi motivasi kepadanya untuk terus berjuang mengekalkan podium pertama miliknya.
“Hari ini, saya telah memberikan usaha terbaik saya semasa sesi kelayakan, dan Alhamdulillah, saya berjaya meraih tempat pertama. Persaingan kali ini sangat sengit dan mencabar, dan saya sedar betapa sukar cabarannya.
“Esok, saya akan berusaha lagi untuk memberikan yang terbaik. Jentera saya berfungsi dengan baik hari ini, cuaca juga agak baik, dan sambutan Hari Merdeka turut menambah semangat dan motivasi saya,” ujar Akif.
Akif menduduki tempat pertama selepas mencatatkan masa terpantas 45:710s. Di tempat kedua pula adalah Farres yang merekodkan masa selama 46:218s.