AMAZFIT milik Zepp Health Corporation (ZEPP) melancarkan jam tangan pintar lasak dan serba boleh yang telah diuji dari segi ketahanan dan kepelbagaiannya.

Pengurus Amazfit Malaysia Benky Lin berkata, jam tangan pintar ini merupakan suatu penciptaan terbaik yang telah melalui pelbagai bentuk ujian sebelum dibenarkan menembusi pasaran.

“Tidak dinafikan bahawa Amazfit T-Rex 2 adalah salah satu jam tangan pintar yang paling lasak di pasaran. Ujian gred tentera memastikan ia boleh menahan tekanan rendah dan tinggi, haba dan sejuk melampau, hujan, garam, pasir, habuk, getaran, kejutan, asid dan kulat.

Benky Lin pada majlis pelancaran Amazfit T-Rex 2 pada Khamis.

“Kami gembira memperkenalkan Amazfit T-Rex 2 di Malaysia. Ini adalah jam tangan pintar yang bersedia untuk mengembangkan naluri anda di mana mana sahaja di dunia ini.

“Kami telah menolaknya pergi ke angkasa lepas, tertakluk kepada keadaan paling ekstrem yang boleh kami capai termasuk suhu panas di Death Valley California dan kedalaman Lautan Pasifik,” ujar dalam majlis pelancaran pada Khamis.

Jam tangan ini telah lulus 15 ujian gred tentera dan boleh berfungsi meskipun suhu berada pada – 30 darjah Celsius.

Amazfit juga mampu menahan haba sehingga 70 darjah Celsius. Selain itu, jam paling moden  ini juga mampu mencipta ‘template’ latihan sendiri untuk 11 jenis sukan berbeza melalui aplikasi Zepp.

Ia juga tampil dengan HD AMOLED serta beberapa dalam beberapa warna termasuk Astro Black&Gold, Ember Black, Wild Green dan Desert Khaki. Berbekal waranti satu tahun, ianya dijual pada harga RM 799 setiap satu.

Bersempena pelancarannya, ianya ditawarkan untuk Kedai Dalam Talian Shopee dengan harga promosi kedai dari 6 Julai hingga 8 Julai dan 100 pembeli terawal bakal berpeluang menikmati pelbagai hadiah menarik.

Dilancarkan pada 2015, ia berjaya menang pelbagai anugerah reka bentuk, termasuk Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Titik Merah.

Produk tersebut telah mendapat tempat lebih dari 90 buah negara di seluruh benua Amerika, serta wilayah EMEA dan APAC.