PELUMBA Yamaha Tekhne Racing Asean, Kasma Daniel Kasmayudin menonjol di litar sendiri dengan catatan masa pusingan terpantas secara keseluruhan dalam Pusingan 5 Kejohanan Idemitsu FIM Asia Road Racing

Dalam sesi latihan 1 dii Litar Antarabangsa Sepang, Kasma  muncul sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 2’07:936s. Md Zaqhwan Zaidi dari Honda Asia-Dream Racing with Astemo mencatat masa kedua terpantas pada 2’08:071s. Yuki Kunii dari SDG Team HARC-PRO Honda Ph. mencatat masa ketiga terpantas pada 2’08:311s.

Semasa sesi latihan 2, Yuki Kunii dari SDG Team HARC-PRO Honda Ph. mendahului sesi dengan catatan masa terpantas 2’07:108s. Andi Farid Izdihar dari Honda Asia-Dream Racing with Astemo menduduki tempat kedua dengan 2’07:516s diikuti oleh Md Ibrahim Md Norrodin dari FGRT PROJECT dengan 2’07:951s.

“Keputusan hari ini agak memuaskan bagi saya, tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan kerana esok adalah hari penting dengan sesi kelayakan. Saya pasti pelumba lain juga akan membuat peningkatan, tetapi secara keseluruhan, hari ini agak positif.

“Masih ada beberapa pelarasan yang perlu dibuat untuk esok. Insya-Allah, saya akan memberikan yang terbaik dalam kelayakan dan bersedia sepenuhnya untuk perlumbaan,” kata pelumba asal Johor itu.

Keputusan keseluruhan sesi latihan menyaksikan Kasma Daniel Kasmayudin muncul sebagai pelumba terpantas, manakala Azlan Shah Kamaruzaman dan Yuki Kunii menduduki tempat kedua dan ketiga.

 

KEPUTUSAN

  1. Kasma Daniel Kasmayudin – YAMAHA TEKHNE Racing Team ASEAN (2’06:946s)
  2. Azlan Shah Kamaruzaman – TKKR BMW Racing Team (2’06:984s)
  3. Yuki Kunii – SDG Team HARC-PRO Honda Ph. (2’06:994s)
  4. Sho Nishimura – TKKR BMW Racing Team (2’07:048s)
  5. Md Zaqhwan Zaidi – Honda Asia-Dream Racing with Astemo (2’07:226s)