PASUKAN Wawasan 2020 dan Destiny Football Development Centre memenangi Piala Cabaran Tan Sri Hamidin Mohd Amin Ke-4 Xmail Fc Veteran / Kejohanan Bola Sepak Bawah 16, 9s Kedua masing-masing di Arena Melwood, Sungei Buloh pada Sabtu lalu.
Tahun ini, kejohanan itu diadakan di Arena Melwood di Sungei Buloh, susulan kejohanan julung kali diadakan di Kuala Kubu Bharu pada 2021, diikuti di Taiping dan tahun lalu di Ipoh.
Trofi Tan Sri Hamidin Challenge yang disumbangkan oleh Presiden FAM, turut menyaksikan pengenalan kejohanan Bawah 16 tahun serta satu lagi Piala Cabaran tahun lalu.
“Saya gembira melihat kelab kecil menganjurkan kejohanan seperti ini, terutamanya kejohanan peringkat umur untuk mencungkil bakat muda kita dan memberi pendedahan persaingan kepada mereka.
“Bagi pemain veteran, ia sangat baik untuk melihat mereka dalam permainan bola sepak, ia membantu mereka kekal cergas dan sihat, sementara masih aktif dalam permainan,” kata Tan Sri Hamidin.
“Memandangkan kejohanan ini turut menggabungkan kejohanan Bawah 16, pemain veteran harus menjadi contoh kepada anak-anak muda dengan disiplin dalam permainan, fairplay, selain mempamerkan kemahiran vintaj mereka,” katanya.