Foto : World Of Buzz

LIVERPOOL FC melanjutkan perkongsian semasa mereka dengan Al-Ikhsan Sports, Rakan Runcit Rasmi kelab itu di Malaysia untuk jangka masa yang lama akan datang.

Al-Ikhsan Sports ialah peruncit sukan nombor satu di Malaysia dan menguruskan kedai berjenama LFC di luar dan dalam talian.

Mike Cox, Naib Presiden Kanan untuk Merchandising di Liverpool FC, berkata pihaknya teruja untuk terus bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports yang merupakan rakan kongsi yang hebat di Malaysia.

“Ini bermakna peminat kami yang semakin meningkat di Malaysia boleh terus mendapatkan barangan rasmi kelab yang terkini di depan pintu rumah mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif di Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla, berkata, ia sememangnya satu keistimewaan dan penghormatan yang besar untuk mendapatkan perkongsian bagi penggal kedua berturut-turut.

“Kelab Bola Sepak Liverpool adalah salah satu kelab bola sepak yang paling berjaya dan ikonik di seluruh dunia dan mempunyai pangkalan peminat yang besar dan berkembang di Malaysia.

“Melalui hubungan yang kami jalinkan sejak tiga tahun lalu berjaya mendekatkan pengalaman Anfield dengan Peminat Malaysia.

“Dalam fasa seterusnya kami berhasrat untuk membuka kedai kendiri LFC dan membawa keseluruhan pengedaran ke lebih 100 lebih lokasi di Malaysia, dengan itu menjadikan pengalaman Anfield boleh diakses oleh lebih ramai peminat,” ujarnya.