PUNCAK Liga Perdana Inggeris (EPL) mengalami perubahan selepas Liverpool meraih kemenangan besar 3-0 ke atas Bournemouth di Stadium Anfield pada Sabtu.
Liverpool berjaya menewaskan Bournemouth dengan tiga gol tanpa balas hasil dua gol yang dijaringkan oleh Luis Diaz dan gol yang disumbat oleh Darwin Nunez.
Kemenangan di tempat sendiri telah membawa Liverpool menduduki tangga teratas buat sementara waktu, menggantikan Manchester City. Kedua-dua pasukan terikat dengan 12 mata tetapi The Reds di depan dengan satu gol.
Posisi ketiga diduduki oleh Aston Villa yang berjaya menewaskan Wolves 3-1. Villa juga menjaringkan 12 mata tetapi tewas dengan perbezaan gol kepada Liverpool dan Man City.
📈 @LFC sit at the the top of the Premier League table 📈@AVFCOfficial and @ChelseaFC also move into the top four 🔋 pic.twitter.com/X8CkQcalpt
— Premier League (@premierleague) September 21, 2024
Chelsea berada di tempat keempat dengan 10 mata. Sebelum ini, The Blues menang 3-0 ke atas West Ham United dalam perlawanan derby London.
Sementara itu, Manchester United hanya mampu seri 0-0 apabila berkunjung ke Stadium Selhurst Park, ibu pejabat Crystal Palace. Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati kerana berkongsi satu mata.
The Red Devils sebenarnya mempunyai enam peluang keemasan sepanjang perlawanan tetapi berjaya ditepis oleh bekas penjaga gawang mereka, Dean Henderson, yang tampil mengagumkan.
Bagaimanapun, tuan rumah juga menguji kubu pelawat. Palace turut menghasilkan empat peluang tepat sasaran yang digagalkan oleh penjaga gol Man United, Andre Onana.
It ends goalless in south London ❌#CRYMUN pic.twitter.com/0rTGk2PtEo
— Premier League (@premierleague) September 21, 2024
Keputusan ini bermakna MU terperangkap di tangga ke-11 dengan kutipan tujuh mata.
Kedudukan EPL berpeluang berubah selepas perlawanan besar antara Man City dan Arsenal yang akan berlangsung di Etihad pada Ahad.
Arsenal juga berpeluang mengambil alih kedudukan teratas sekiranya mampu menewaskan Man City. Ketika ini The Gunners telah mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan.