IMPIAN pasukan footgolf Malaysia menjadi kuasa baru di peringkat benua Asia mungkin menjadi kenyataan apabila pasukan negara berjaya mencipta kejutan selepas melangkah ke pentas akhir bagi semua kategori yang dipertandingkan.

Malaysia muncul selaku juara kumpulan dalam pertandingan yang menggunakan format round robin dalam dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Senior Lelaki, manakala bagi kategori Wanita, pasukan tuan rumah muncul selaku naib juara.

Menarik nya, dalam aksi final yang akan berlangsung pada Jumaat, 27 September ini di The Els Club Desaru, kesemua kategori ini akan menyaksikan pertembungan di antara Malaysia dan jaguh benua Asia, Jepun.

Skuad footgolf Malaysia sahkan slot ke pentas akhir.

Pertandingan Footgolf Piala Asia yang dibawakan oleh microLEAP ini terbuka kepada semua peminat dan penyokong untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia.

Keputusan Asia Cup 2024

Terbuka Lelaki
Malaysia vs Korea : 6-0 (menang)
Malaysia vs Japan: 5-2 (menang)
Malaysia vs Australia : 5-1 (menang)
Malaysia vs China : 5-3 (menang)

Senior Lelaki
Malaysia vs Japan : 4-2 (menang)
Malaysia vs Chinese Taipei : 4-2 (menang)
Malaysia vs China: 4-2 (menang)

Wanita
Malaysia vs Korea : 2-0 (menang)
Malaysia vs Japan : 1-2 (kalah)
Malaysia vs Australia : 2-0 (menang)