SAINGAN perlumbaan CP150 menyaksikan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz mengesahkan kemenangan bagi Pusingan 8 musim ini.
Akid memenangi perlumbaan dengan catatan masa 14’49:831s kejuaraan Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan berakhir petang tadi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya kerana menyediakan motor yang sangat baik. Jika kita melihat kedudukan perlumbaan, jelas terdapat banyak peningkatan.
“Menang bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan usaha dan strategi yang teliti. Kami akan berusaha lebih keras pada pusingan akan datang,” katanya.
Rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran mengambil tempat kedua dengan catatan masa 14’52:702s manakal ketiga milik Md Helmi Azman dari SCK HONDA RACING TEAM pada untuk meraikan kedudukan podium pertama pada musim ini.