SKUAD kendalian Pau Marti Vicente hari ini bakal berdepan kelab yang menduduki tangga ke-1136 dunia, Auckland FC dalam aksi persahabatan sebelum bertemu sebuah lagi pasukan gergasi.

Selepas itu, perjalanan diteruskan dengan pasukan kebangsaan akan menghadapi tentangan New Zealand, yang kini sedang berada di ranking ke-95 dunia, dalam perlawanan di Auckland pada 14 Oktober 2024.

Harimau Malaya yang kini di kedudukan ke-132 dunia mengalami kesukaran mencari lawan untuk perlawanan persahabatan Tier 1, namun berjaya mendapatkan kelab dari negara besar berkenaan untuk aksi pemanas badan.

Pau Marti Vicente, pengganti ketua jurulatih skuad Harimau Malaya

Berita baik demikian ditambah dengan keputusan Pau Marti yang mempertaruh beberapa pemain muda seperti Haziq Aiman, Haykal Danish, dan Azim Al-Amin yang sekali gus diberi peluang bersama 23 pemain berpengalaman untuk beraksi di tempat lawan.

Perlawanan tersebut adalah penting bagi Malaysia dalam usaha mengumpul mata bagi meningkatkan kedudukan mereka dalam Balang 1 bagi undian Kelayakan Piala Asia yang akan datang pada Disember ini.

Kejayaan skuad Harimau Malaya yang berjaya mencatat kemenangan dalam Pestabola Merdeka setelah menewaskan Lubnan dengan keputusan 1-0 sekali gus dinobat sebagai juara Pestabola 2024 masih segar dalam bualan, dan menjadi pendorong buat pemain.